Saturday, 23 August 2014

PERTANDINGAN BOSS DAERAH KLANG 2014

Gunung Santubung indah ceria,
Di hati tersemat kasih terikat,
Tolong menolong amalan mulia,
Jiran sepakat membawa berkat.
Aktiviti menceriakan bilik SPBT
Semua AJK SPBT sesi pagi dan petang bergotong-royong dan saling bantu membantu menjalankan tugas sebagai persediaan untuk memenuhi instrumen pemantauan Pertandingan BOSS pada kali ini.








 Antara sudut yang di akan perbaharui pada kali ini....

 70% hampir siap............

 80% hampir siap......

 Alhamdulillah...dah siap...100%..
Sudut ni memang tidak berhajat untuk buat mural kerana lebih cantik menggunakan konsep hiasan 3D...


 Begitu juga dengan sudut bawah kaunter...menggunakan konsep 3D jugak.


 Alhamdulillah..kebanyakan sudut telah siap sepenuhnya..hanya perlu sedikit sahaja sentuhan terakhir..


 Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang membantu..walau apa pun pencapaian BOSS pada kali ini..semua pihak telah mencuba yang terbaik..jutaan terima kasih sekali lagi diucapkan.


Thursday, 10 July 2014

KEMPEN PENJAGAAN BUKU TEKS & LANTIKAN PENGAWAS SPBT 2014

                                   

TARIKH : 28 APRIL 2014
HARI      : ISNIN
TEMA : " SAYANGILAH BUKU TEKS ANDA SEPANJANG MASA"


                                                                   
                                          PENGENALAN


  Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) merupakan satu program pinjaman buku teks kepada murid yang layak di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Pemberian pinjaman buku teks di bawah SPBT dilaksanakan mengikut Dasar    Kelayakan SPBT yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kabinet dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
                              Pada     7 September 2007, Y.A.B Perdana Menteri        Malaysia dalam pembentangan          Belanjawan 2008 telah        mengumumkan peluasan         pemberian buku teks SPBT kepada semua murid warganegara Malaysia tanpa mengambil kira pendapatan isi rumah dan  bilangan anak yang layak di semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan SMAR berkuatkuasa mulai 1 Januari 2008.       
Oleh yang demikian, bagi mencapai matlamat semua murid layak mendapat buku teks, adalah penting semua murid menjaga kesejahteraan buku SPBT agar dapat diwariskan kepada murid tahun yang berikutnya manakala kempen     penjagaan buku teks yang dijalankan di peringkat sekolah   diharapkan dapat menyemai sikap menghargai dan menyayangi buku SPBT serta dapat memaksimumkan  penggunaan buku teks di dalam kelas.


                              OBJEKTIF

1. Memupuk rasa sayang terhadap buku teks yang diberi secara percuma kepada pelajar.
2. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara penjagaan buku teks yang betul.
 3. Memberi penghargaan kepada pelajar yang telah menyertai dan memenangi pertandingan yang telah         
     dijalankan.
 4. Mendidik pelajar untuk lebih menghargai buku teks dan merasai  kepentingan buku teks melalui aktiviti yang       
    dijalankan.


Sekitar pelancaran kempen dan lantikan pengawas SPBT.
Semua pengawas SPBT beratur dan bersedia untuk dilantik
Ikrar penjagaan buku teks yang akan di baca oleh ketua pengawas SPBT diikuti oleh semua murid

Ucapan PK HEM untuk melancarkan kempen SPBT.
Semua murid tekun mendengar taklimat PK HEM tentang kepentingan menjaga buku SPBT.

Pengawas SPBT disarungkan vest pengawas SPBT sebagai simbolik majlis lantikan pengawas SPBT.









Pengawas-pengawas juga telah menerima sijil lantikan pengawas SPBT.






Bacaan ikrar pengawas SPBT diketuai oleh ketua pengawas SPBT SK Sungai Kapar Indah iaitu adik Luqmanul Hakim.


Penyerahan sijil ikrar penjagaan buku teks untuk di letakkan di setiap kelas oleh PK Kurikulum, Puan Badariah Mahfods kepada setiap ketua kelas.



Bacaan ikrar penjagaan buku teks oleh semua murid diketuai oleh ketua pengawas SPBT, Luqmanul Hakim.


Poster perasmian telah digantung supaya dapat dilihat setiap masa oleh murid-murid yang melalui laluan berkenaan.



         Sepanjang berlangsungnya kempen penjagaan buku teks ini, pelbagai pertandingan telah dijalankan untuk murid-murid tahap 1 dan tahap 2 seperti pertandingan mewarna kulit buku teks, pertandingan melukis poster, kuiz terbuka, pertandingan membalut buku teks dan spot check / penyeliaan buku teks.
        Aktiviti ini semua telah dijalankan dengan bantuan guru pendidikan seni semasa sesi pembelajaran pendidikan seni visual mengikut kelas masing-masing.
         Semangat yang ditunjukkan oleh murid-murid untuk menyertai pertandingan yang dijalankan menunjukkan sambutan kempen ini telah mencapai objektif yang telah disasarkan.

Sunday, 13 April 2014

Bengkel Pengurusan SPBT Tahap 1

Bengkel Pengurusan SPBT tahap 1
Tarikh : 4 April 2014
Tempat : BOSS SK Sg Kapar Indah

Bengkel Pengurusan SPBT yg tertangguh telah berjaya dilaksanakan pada 4 April iaitu pada hari Jumaat. Namun..bengkel pada hari berkenaan hanyalah untuk pengawas spbt tahap satu sahaja. Manakala bengkel untuk pengawas spbt tahap 2 diadakan pada 10 April bersamaan hari Khamis iaitu seminggu kemudian.


Semua pengawas menunjukkan pamplet yg diberi oleh Ustazah Suhana...wah..nampak seronok dan bersemangat. 

Sebahagian peserta bengkel mencuba cara yg betul untuk mengecap buku aktiviti mengikut tunjuk ajar cikgu spbt..Ustazah Suhana..hmm..serius jugak yea diorg ni..

Tahniah diucapkan pada semua AJK SPBT sesi petang kerana telah berjaya melaksanakan bengkel pengurusan spbt dengan jayanya...diharap semangat yang ditunjukkan oleh semua pihak dapat diteruskan untuk membangunkan unit SPBT sekolah demi kepentingan murid-murid kita.

Monday, 24 March 2014

Ribut di SK Sungai Kapar Indah

SK Sungai Kapar Indah telah dilanda ribut pada tarikh 17 Mac 2014. Ribut yang telah melanda sekolah pada petang berkenaan telah menyebabkan beberapa kerosakan yang teruk sehingga telah menjejaskan sesi pembelajaran dan pengajaran. Antara bilik yang mengalami kerosakan yang teruk ialah bilik kaunseling, bilik panitia matematik, pusat sumber sekolah, makmal komputer, bilik khas lain dan kelas-kelas di tingkat tiga dan dua. Berikut ialah beberapa imej yang dapat menunjukkan kerosakan akibat ribut berkenaan..





Semua murid tahun 1, tahun 2, tahun 4 dan tahun 5 telah direhatkan selama beberapa hari berikutan persekitaran sekolah yang sangat membahayakan keselamatan murid-murid. 
Bilik SPBT bernasib baik kerana kedudukannya telah menyelamatkan bilik berkenaan dari rosak dan banjir akibat ribut berkenaan...cuma softboard SPBT je yang terjatuh tetapi telah diselamatkan AJK SPBT Petang..sebab membahayakan murid-murid yang lalu di depan bilik berkenaan.