SK Sungai Kapar Indah telah dilanda ribut pada tarikh 17 Mac 2014. Ribut yang telah melanda sekolah pada petang berkenaan telah menyebabkan beberapa kerosakan yang teruk sehingga telah menjejaskan sesi pembelajaran dan pengajaran. Antara bilik yang mengalami kerosakan yang teruk ialah bilik kaunseling, bilik panitia matematik, pusat sumber sekolah, makmal komputer, bilik khas lain dan kelas-kelas di tingkat tiga dan dua. Berikut ialah beberapa imej yang dapat menunjukkan kerosakan akibat ribut berkenaan..
Semua murid tahun 1, tahun 2, tahun 4 dan tahun 5 telah direhatkan selama beberapa hari berikutan persekitaran sekolah yang sangat membahayakan keselamatan murid-murid.
Bilik SPBT bernasib baik kerana kedudukannya telah menyelamatkan bilik berkenaan dari rosak dan banjir akibat ribut berkenaan...cuma softboard SPBT je yang terjatuh tetapi telah diselamatkan AJK SPBT Petang..sebab membahayakan murid-murid yang lalu di depan bilik berkenaan.
No comments:
Post a Comment