Friday, 24 April 2015

BENGKEL PENGURUSAN SPBT 2015

BENGKEL PENGURUSAN SPBT TAHUN 2015

Tarikh : 9 Mac 2015
Hari : Isnin
Masa : 9 pagi-12 tengahari
Tempat : BOSS SKSKI

Aktiviti : 
1. Taklimat pengenalan Unit SPBT
2. Tugas pengawas spbt
3. Bengkel- Pengisian buku stok spbt, latihan mengecap buku, menulis nombor perolehan, fail- fail spbt, baik pulih buku teks, melupuskan buku teks, pemulangan dan pengagihan buku teks, menyusun buku dan penggunaan komputer BOSS.


Walaupun BOSS kat sini kecik dan kiut miut saiznya, tetapi bengkel tetap di jalankan di sini. Perjalanan aktiviti bengkel menjadi lebih mudah apabila di lakukan dalam BOSS kerana segala maklumat dan kemudahan yang berkaitan ada di sini.



Aktiviti baik pulih buku teks. Walaupun murid- murid ini mahir membaik pulih buku yang rosak..tetapi mereka tetap perlu di ingatkan cara yang betul agar tidak melakukan kesalahan sewaktu menjalankan tugas.


Cikgu Azlin memberikan tunjuk ajar kepada pengawas cara penggunaan komputer yang betul. Penggunaan komputer perlu untuk memasukkan data dalam borang spbt-g.

Pengawas membaik pulih buku 
teks secara berkumpulan mengikut giliran.

Pengawas spbt tahap 1 pula telah mengikuti bengkel yang dikendalikan oleh Ustazah Suhanah pada hari jumaat bersamaan 13 Mac 2015. Bengkel pengurusan untuk pengawas tahap 1 agak mencabar sedikit kerana agak sukar untuk melatih pengawas  baru iaitu murid tahun 2..tetapi berkat kesabaran guru spbt tahap 1, alhamdulillah. .aktiviti bengkel berjalan dengan lancar.
Terima kasih diucapkan kepada semua guru spbt tahap 1 dan 2 kerana memberikan 
kerjasama yang baik dalam melaksanakan Bengkel Pengurusan SPBT  tahun 2015. 
Semoga budi yang disumbangkn mendapat balasan yang baik dari Allah S.W.T.
Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment