TARIKH : 28 APRIL 2014
HARI : ISNIN
TEMA : " SAYANGILAH BUKU TEKS ANDA SEPANJANG MASA"
PENGENALAN
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) merupakan satu program pinjaman buku teks kepada murid yang layak di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Pemberian pinjaman buku teks di bawah SPBT dilaksanakan mengikut Dasar Kelayakan SPBT yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kabinet dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
Pada 7 September 2007, Y.A.B Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangan Belanjawan 2008 telah mengumumkan peluasan pemberian buku teks SPBT kepada semua murid warganegara Malaysia tanpa mengambil kira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak di semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan SMAR berkuatkuasa mulai 1 Januari 2008.
Oleh yang demikian, bagi mencapai matlamat semua murid layak mendapat buku teks, adalah penting semua murid menjaga kesejahteraan buku SPBT agar dapat diwariskan kepada murid tahun yang berikutnya manakala kempen penjagaan buku teks yang dijalankan di peringkat sekolah diharapkan dapat menyemai sikap menghargai dan menyayangi buku SPBT serta dapat memaksimumkan penggunaan buku teks di dalam kelas.
OBJEKTIF
1. Memupuk rasa sayang terhadap buku teks yang diberi secara percuma kepada pelajar.
2. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara penjagaan buku teks yang betul.
3. Memberi penghargaan kepada pelajar yang telah menyertai dan memenangi pertandingan yang telah
dijalankan.
4. Mendidik pelajar untuk lebih menghargai buku teks dan merasai kepentingan buku teks melalui aktiviti yang
dijalankan.
Sekitar pelancaran kempen dan lantikan pengawas SPBT.
Semua pengawas SPBT beratur dan bersedia untuk dilantik
Ikrar penjagaan buku teks yang akan di baca oleh ketua pengawas SPBT diikuti oleh semua murid
Ucapan PK HEM untuk melancarkan kempen SPBT.
Semua murid tekun mendengar taklimat PK HEM tentang kepentingan menjaga buku SPBT.
Pengawas SPBT disarungkan vest pengawas SPBT sebagai simbolik majlis lantikan pengawas SPBT.
Pengawas-pengawas juga telah menerima sijil lantikan pengawas SPBT.
Bacaan ikrar pengawas SPBT diketuai oleh ketua pengawas SPBT SK Sungai Kapar Indah iaitu adik Luqmanul Hakim.
Penyerahan sijil ikrar penjagaan buku teks untuk di letakkan di setiap kelas oleh PK Kurikulum, Puan Badariah Mahfods kepada setiap ketua kelas.
Bacaan ikrar penjagaan buku teks oleh semua murid diketuai oleh ketua pengawas SPBT, Luqmanul Hakim.
Poster perasmian telah digantung supaya dapat dilihat setiap masa oleh murid-murid yang melalui laluan berkenaan.
Sepanjang berlangsungnya kempen penjagaan buku teks ini, pelbagai pertandingan telah dijalankan untuk murid-murid tahap 1 dan tahap 2 seperti pertandingan mewarna kulit buku teks, pertandingan melukis poster, kuiz terbuka, pertandingan membalut buku teks dan spot check / penyeliaan buku teks.
Aktiviti ini semua telah dijalankan dengan bantuan guru pendidikan seni semasa sesi pembelajaran pendidikan seni visual mengikut kelas masing-masing.
Semangat yang ditunjukkan oleh murid-murid untuk menyertai pertandingan yang dijalankan menunjukkan sambutan kempen ini telah mencapai objektif yang telah disasarkan.