Tuesday, 15 September 2015

Pertandingan bilik SPBT

Persediaan Pertandingan Bilik SPBT

Salam 1 Malaysia..setelah team SPBT SKSKI bertungkus lumus sejak Mac yang lalu..Alhamdulillah. .inilah hasil yang akan dipersembahkan kepada hakim yang akan menilai. Walau apa pun keputusan yang diperolehi..team SPBT redha kerana telah berusaha sehabis baik..Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar SKSKI..Puan Hajah Rozita bt Haji Sulaiman kerana sgt menyokong tugas yg kami laksanakan..PK HEM..Encik Sakba bin Maratdin..kerana sudi turun padang utk sama-sama membantu kami tanpa mengira waktu..guru-guru SKSKI kerana byk memberi pandangan dan berkongsi tenaga..pengawas SPBT dan ahli kelab SPBT. .dan yg paling byk menyumbangkn tenaga adalah AJK SPBT sendiri..terima kasih sekali lagi..semoga kalian mendapat balasan yang baik dr Allah S.W.T
































PK HEM..En.Sakba dan AJK SPBT. .En.Rohadi...mmg patut diberi pujian..kerana sanggup menjalankan tugas hingga lewat petang untuk memasang semua banner berkaitan SPBT..terima kasih yang tak terhingga diucapkan kpd kalian..

Friday, 28 August 2015

Operasi Memproses Buku Teks

Operasi Memproses Buku Teks

Sejak buku teks cetakan semula (BCS) kegunaan 2016 telah sampai di BOSS, maka bermulalah semula tugas pengawas SPBT dan ahli kelab SPBT setelah sekian lama mereka berehat dari memproses buku teks.  Sekolah telah mula menerima buku teks dari Syarikat Alam Murni sejak 27 Julai yang lepas. Memandangkan unit SPBT perlu membuat persediaan untuk pertandingan Bilik SPBT. .maka semua buku yang tiba perlu diproses secepat mungkin.

Umilah dan Aisyah sedang sibuk menulis nombor perolehan dan mengecap buku.

Haikal memang seorang yang teliti..jadi beliau diberi tugas menyusun buku di rak

Izzuddin dan Ameerul pula ditugaskan mengecap buku aktiviti.

Pengawas SPBT tahun 4 juga tidak terkecuali membantu.

Alhamdulillah. .berkat pertolongan pengawas Spbt dan kelab spbt..buku - buku tersebut telah siap diproses dan disusun dengan cantik dan kemas sekali. Terima kasih pada semua Pengawas Spbt sesi pagi dan petang..begitu juga semua AJK Unit Spbt..u all semua memang awesome. .!!

Saturday, 22 August 2015

Persediaan Anugerah HEM 2015

Persediaan Pemantauan Pengurusan Bilik SPBT 2015

Persediaan untuk pemantauan BOSS telah dimulakan sejak bulan April lagi. Pada tahun ini..tumpuan telah diberikan dibahagian luar bilik spbt. .Berikut ialah sedikit gambaran persediaan yang dilakukan..
Cikgu Helmi sedang menunjukkan bakat mengecat.

Ibu mengandung juga tidak terkecuali mencurahkan budi..Cikgu Siti Hawa


Bukan sahaja cikgu-cikgu..pekerja sekolah dan pakcik guard turut membantu..Alhamdulillah

Ustazah Suhanah sedang melukis mural..freehand jer ni..

Cikgu Rohana sedang tekun menampal bahan matematik..

All the best..diharap..persediaan berjalan lancar walaupun dilakukan dari masa ke semasa secara berperingkat-peringkat.





Saturday, 25 April 2015

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SPBT

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SPBT, PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN PRS

Tarikh : 18 April 2015
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi - 5.30 petang
Tempat : Perpustakaan Raja Tun Uda


Pada hari Sabtu lepas telah berlangsung Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda melibatkan semua pengawas pusat sumber, spbt dan prs. Kursus ini adalah anjuran jawatankuasa Pusat Sumber sekolah yang diketuai oleh Pn. Syafarena bt Zuhdi. 
            Kursus kepimpinan ini adalah kali pertama diadakan di luar kawasan sekolah. Alhamdulillah...kursus ini berjaya dijalankan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik sekali dari semua jawatankuasa guru yang terlibat. Pentadbir sekolah juga bergilir turun padang untuk memastikan kursus ini berjalan dengan lancar.
                  Pada sebelah pagi Pn Badariah selaku PK Pentadbiran telah hadir dan memberikan sedikit ucapan. Pada sebelah tengahari, En. Abd. Rahman selaku PK Petang pula mengambil alih untuk memantau perjalanan program. Manakala Puan Guru Besar SKSKI, Pn Hajah Rozita bt Hj Sulaiman telah hadir pada sebelah petang untuk menyempurnakan majlis penutup dan penyampaian hadiah.

Jom kita kongsikan beberapa gambar untuk tatapan pembaca blog ini.
Peserta sedang berkumpul dan menunggu kehadiran bas yang akan dinaiki.


Peserta sedang mendengar taklimat


Aktiviti LDK..Latihan dalam kumpulan




Friday, 24 April 2015

BENGKEL PENGURUSAN SPBT 2015

BENGKEL PENGURUSAN SPBT TAHUN 2015

Tarikh : 9 Mac 2015
Hari : Isnin
Masa : 9 pagi-12 tengahari
Tempat : BOSS SKSKI

Aktiviti : 
1. Taklimat pengenalan Unit SPBT
2. Tugas pengawas spbt
3. Bengkel- Pengisian buku stok spbt, latihan mengecap buku, menulis nombor perolehan, fail- fail spbt, baik pulih buku teks, melupuskan buku teks, pemulangan dan pengagihan buku teks, menyusun buku dan penggunaan komputer BOSS.


Walaupun BOSS kat sini kecik dan kiut miut saiznya, tetapi bengkel tetap di jalankan di sini. Perjalanan aktiviti bengkel menjadi lebih mudah apabila di lakukan dalam BOSS kerana segala maklumat dan kemudahan yang berkaitan ada di sini.



Aktiviti baik pulih buku teks. Walaupun murid- murid ini mahir membaik pulih buku yang rosak..tetapi mereka tetap perlu di ingatkan cara yang betul agar tidak melakukan kesalahan sewaktu menjalankan tugas.


Cikgu Azlin memberikan tunjuk ajar kepada pengawas cara penggunaan komputer yang betul. Penggunaan komputer perlu untuk memasukkan data dalam borang spbt-g.

Pengawas membaik pulih buku 
teks secara berkumpulan mengikut giliran.

Pengawas spbt tahap 1 pula telah mengikuti bengkel yang dikendalikan oleh Ustazah Suhanah pada hari jumaat bersamaan 13 Mac 2015. Bengkel pengurusan untuk pengawas tahap 1 agak mencabar sedikit kerana agak sukar untuk melatih pengawas  baru iaitu murid tahun 2..tetapi berkat kesabaran guru spbt tahap 1, alhamdulillah. .aktiviti bengkel berjalan dengan lancar.
Terima kasih diucapkan kepada semua guru spbt tahap 1 dan 2 kerana memberikan 
kerjasama yang baik dalam melaksanakan Bengkel Pengurusan SPBT  tahun 2015. 
Semoga budi yang disumbangkn mendapat balasan yang baik dari Allah S.W.T.
Sekian terima kasih.

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SPBT SKSKI TAHUN 2015

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SPBT TAHUN 2015

Tarikh : 9 March 2015
Hari : Isnin
Tempat : Dataran Perhimpunan


Majlis Pelantikan Pengawas SPBT tahun 2015 telah menjadi entry pertama sebagai pembuka tirai bagi pengisian blog spbt skski 2015

1.0            MATLAMAT
1.1              Memberi pengiktirafan kepada murid yang terpilih.
1.2              Memperkenalkan kepada murid-murid lain barisan pemimpin Pengawas   
              SPBT sekolah
1.3              Memberi contoh teladan kepada murid mengenai pelaksanaan majlis rasmi.

2.0            OBJEKTIF
2.1              Memberi pengiktirafan dan semangat kepada Pengawas SPBT supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan penuh bertangungjawab dan dedikasi.
2.2              Meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk menjalankan tugas dengan baik.
2.3              Menggalakkan murid lain agar dapat mencontohi rakan-rakan yang terpilih.

Berikut ialah foto-foto sepanjang majlis berlangsung.

 Pn. Hajah Rozita bt Haji Sulaiman selaku guru besar menyampaikan ucapan beliau.

Juruacara majlis Pn. Siti Hawa petah berbicara.


 Ucapan Ketua Balai IPD Klang Utara Tuan SM Kamson bin Meremin telah menyempurnakan
 majlis pelantikan pengawas.

  
Penyampaian watikah pelantikan pengawas SPBT 2015


Bacaan Ikrar Pengawas SPBT telah diketuai oleh Mohd. Hadif bin Mohd. Sani selaku Ketua Pengawas SPBT bagi tahun 2015