Monday, 22 August 2016

PEMANTAUAN ANUGERAH HEM
PERTANDINGAN BILIK SPBT (KATEGORI 1-BAY)

TARIKH : 23 OGOS 2016

HAKIM : PN UMI KALSOM MOHAMED
               PN NORAZNI ROHANI


Alhamdulillah. ..masa yg ditunggu-tunggu telah tiba pada hari ini iaitu pemantauan bilik SPBT dalam Pertandingan Bilik SPBT kategori 1-Bay. Debaran mmg telah lama dirasai oleh admin dan semua AJK SPBT. Semua AJK dan admin juga telah lama memulakan kerja2 utk pengurusan spbt..begitu juga dengan guru-guru lain yang telah turut sama membantu.



Pemantauan sedang dijalankn.

Sunday, 21 August 2016

Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda



Kursus Kepimpinan Sahsiah Pemimpin Muda

         Tempat : Kompleks Rakan Muda, Perepat
         Tarikh   : 29 April 2016
         Hari       : Jumaat
         Masa    : 7.30 pagi-5.30 petang


       Foto-foto sekitar kursus kepimpinan

Guru-guru telah bersedia untuk sesi pendaftaran peserta


Peserta mendaftarkan diri di bawah unit masing-masing.

Peserta dikumpulkan di dalam dewan mengikut unit masing-masing.

Taklimat bersama fasilitator yang terlibat sebelum peserta dibahagikan secara berkumpulan.

Kursus kepimpinan ini adalah gabungan dari kalangan pemimpin dari setiap persatuan dan unit beruniform, ketua kelas dan unit- unit pengawas termasuk semua pengawas spbt tahap 2. Kursus ini berlangsung dari pagi hingga petang dan diuruskan oleh fasilitator luar dan dibantu oleh guru-guru SKSKI. 
Semoga dengan kursus yg telah dihadiri oleh peserta-peserta ini dapat meningkatkan keyakinan diri mereka dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin di kalangan murid-murid lain.

Monday, 1 August 2016

AKTIVITI SPBT SK SUNGAI KAPAR INDAH 2016


AKTIVITI SPBT SK SUNGAI KAPAR INDAH 2016


          Aktiviti Kelab SPBT SKSKI

  • Aktiviti keceriaan sudut dan bilik SPBT
  • Baik pulih buku rosak
  • Menjalankan pemeriksaan fizikal buku teks untuk kelas tahap 1
  • Membantu guru menjalankan pelupusan buku teks
  • Permainan dalaman
  • Kuiz

        Aktiviti Pengawas SPBT SKSKI
  • Menjalankan pemeriksaan fizikal buku teks tahap 2 pada waktu pdp.
  • Memproses buku teks.
  • Bertugas di bilik BOSS setiap hari pada waktu rehat mengikut giliran
  • Membantu guru menguruskan pemulangan buku teks dan pengagihan buku teks.
  • Pemeriksaan stok buku teks di bilik BOSS
  • Mengemaskini stok buku teks/ aktiviti di bilik BOSS
  • Menceriakan bilik BOSS



      Antara foto-foto aktiviti yang dapat dirakam.

 Aktiviti keceriaan untuk bilik SPBT di jalankan di Laman Pendeta SPBT oleh ahli Kelab SPBT




Ahli Kelab SPBT telah mengumpulkan buku teks yang layak untuk dilupuskan.
Buku-buku ini akan dikoyak terlebih dahulu sebelum di bakar.



Majlis Pelantikan Pengawas SPBT SK Sungai Kapar Indah



MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SPBT 2016


        Tarikh : 29 Februari 2016

         Tempat : Dataran Gemilang SK Sungai Kapar Indah

         Masa : 7.30 pagi

         Foto-foto sekitar Majlis Pelantikan Pengawas SPBT 2016


Persediaan latar belakang dan tapak majlis. 



Juruacara majlis pada pagi ini ialah adik Nur An'Umillah dan adik Nur Izzyan


Ucapan Guru Besar SK Sungai Kapar Indah
Puan Hajah Rozita bt Hj Sulaiman sempena mengalu-alukan kehadiran 
wakil Ketua Balai IPD Klang Utara pada majlis pelantikan ini.

Ucapan wakil Ketua Balai IPD Klang Utara.

Juruacara bersama pada majlis pelantikan ini iaitu En. Mohd. Khairul Rawi dan
En. Micheal Das mengumumkan senarai penerima watikah pelantikan.
 

Penyampaian watikah pelantikan oleh wakil Ketua Balai IPD Klang Utara
diiringi oleh Puan Hajah Rozita, Guru Besar SK Sungai Kapar Indah kepada
pengawas-pengawas SPBT.

Bacaan ikrar oleh pengawas SPBT 

Sesi fotografi pengawas SPBT bersama barisan pentadbir dan guru-guru SPBT

Foto sekitar majlis pelantikan untuk pengawas SPBT tahap 1


Tahniah diucapkan kepada semua pengawas SPBT tahap 1 dan tahap 2 kerana secara 
rasminya telah dilantik sebagai pengawas SPBT SK Sungai Kapar Indah 2016.
Semoga dengan pelantikan ini, menjadikan semua pengawas lebih bersemangat menjalankan tugas dan menjadi contoh yang terbaik kepada murid-murid yang lain.